assalamualaikum..
kalu dihitung hari, hari ini hari yang ke-10 kita bercuti. rasa cam sepuloh tahun je lamanya. kan?? uhh.. rindunya kat korang sume.. takpe-takpe, nanti
lima haribulan duabelas nih kita jumpe balik. * EH! korang jangan cakap yang korang lupa pula apa agenda lima haribulan duabelas nih.
****************
Dulu, waktu kita sibuk dengan belajar, homework, kelas,exam dll, kita nak sangat cuti.
TETAPI..
Bila kita ada cuti panjang, kita rasa bosan. yelah, tak tahu nak buat apa. Hari-hari sama je aktiviti yang kita buat. makan, tengok tv, on9, lepak, tido, makan lagi. hah, mane tak bosan nya. cubalah pergi buat homework yang bertimbun-timbu tingginya cam kinabalu tuh. ade faedah juga.tak pon pergi study untuk SPM tahun depan. tambah-tambah lagi untuk subjek yang sememangnya sangat MEMBUNUH bagi anda.
Dan daripada korang bazir masa bace a novel baik korang pergi baca buku
The Curse, Sutera Dalam Lukisan dan
Dirgahayu Bahasaku dulu. aku harap korang jangan tertanya-tanya apakah buku nih. kalu tak.. ermm aku tak tahulah nak cakap apa. kompen koran tak belek buku teks nih.
*juga peringatan untuk yang tengah menulis nih
erk~ kepada yang dah siap buat homework,baca buku komsas tu..
TAHNIAH!!. anda bagus. nanti korang pergi kedai beli ais-krim dan kata kat diri sendiri..
"tahniah! ini hadiahnya atas kerajinan saya.."
************************
nak buat senarai homework, mana tahukan ada orang terlupakan..:
BI -->> Salin contoh essay.
satu essay untuk satu hari.
kita cuti 47 hari.. jadi
47 essay kena buat ya. [buat atas kertas kajang]
BIO -->> Buat modul Bio . chapter 1 dan 2 Tingkatan 5 [cikgu Kartini kata : Bulan Bio]
SEJ -->> Pembetulan Sejarah
Buat soalan dalam kerta yang Sir Lim bagi. [Bab 1 Tingkatan 5]
KIM-->> Jangan lupa siapkan nota untuk Tingkatan 4.
PAI -->> Hafaz ayat hafazan
*rasanya itu je buat masa sekarang. kalau ada lagi yang tertinggal. cakap ya..
p/s 1 : Selamat Bercuti ya. Jaga diri baik-baik. kalu korang nak pergi melancong tu, jangan lupa ajak aku ya.kalu taknak, at least belilah ole-ole ye.. hehe~
p/s 2 : masa tulis nih kan, aku rasa cam terkena kat diri sendiri je. DUSH~ uhh.. sape makan cili dia yang terasa pedasnya.