CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, May 27, 2011

Kedudukan Kelas baru 5 IBS 2011

assalamualaikum..


seperti kitorang sedia maklum, kelas kita telah berpindah kembali ke kelas semasa tingkatan 3 dan 4 yang dulu. dan kedudukan meja adalah seperti kat bawah nih:-





kedudukan meja ketika exam dalam kelas
[bawah]




kedudukan masa kat dewan [bawah]


*klik untuk tumbesaran yang lebih sihat

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru~






Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979




16 MEI 2011


"Selamat Hari Guru" 


buat semua guru warga SERINDU


"TERIMA KASIH CIKGU!!"


atas segala ilmu yang dicurahkan
terima kasih kerana cikgu
setia memberikan ilmu kepada kami
walaupun kadang kala
sikap kami yang memeningkan cikgu

jasamu amat berguna buat kami semua
kerana
tanpamu cikgu
siapalah kami di muka bumi ini

kerana  pengorbanan dan jasa
 cikgu yang tercinta
kami menjadi seorang manusia
yang berguna untuk masyarat dan negara




TERIMA KASIH CIKGU~

..jasamu tetap kami kenang..



Comel Tak Zirafah Kat Tepi Tu??