CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 10, 2010

zaman dulu kala...




muka suci-suci belaka lagi.. hehe~



*tiada dlm gambar: akmal, aisyah, enis, norai, satria, redhuan, hafiz, syafiq (EIC)


9 jejaka / 21 gadis [hehe~]



*tiada dalam gambar : wanie,
farihah, filzah


nota kaki : tahun depan kita semua adalah senior.. hehe

Thursday, November 25, 2010

Tidak Bertajuk

assalamualaikum..

       kalu dihitung hari, hari ini hari yang ke-10 kita bercuti. rasa cam sepuloh tahun je lamanya. kan?? uhh.. rindunya kat korang sume.. takpe-takpe, nanti lima haribulan duabelas nih kita jumpe balik. * EH! korang jangan cakap yang korang lupa pula apa agenda lima haribulan duabelas nih.

**************** 

Dulu, waktu kita sibuk dengan belajar, homework, kelas,exam dll, kita nak sangat cuti.

TETAPI..

       Bila kita ada cuti panjang, kita rasa bosan. yelah, tak tahu nak buat apa. Hari-hari sama je aktiviti yang kita buat. makan, tengok tv, on9, lepak, tido, makan lagi. hah, mane tak bosan nya. cubalah pergi buat homework yang bertimbun-timbu tingginya cam kinabalu tuh. ade faedah juga.tak pon pergi study untuk SPM tahun depan. tambah-tambah lagi untuk subjek yang sememangnya sangat MEMBUNUH bagi anda.

         Dan daripada korang bazir masa bace a novel baik korang  pergi baca buku The Curse, Sutera Dalam Lukisan dan Dirgahayu Bahasaku  dulu. aku harap korang jangan tertanya-tanya apakah buku nih. kalu tak.. ermm aku tak tahulah nak cakap apa. kompen koran tak belek buku teks nih.
*juga peringatan untuk yang tengah menulis nih



erk~ kepada yang dah siap buat homework,baca buku komsas tu.. TAHNIAH!!. anda bagus. nanti korang pergi kedai beli ais-krim dan kata kat diri sendiri.. "tahniah! ini hadiahnya atas kerajinan saya.."


************************


nak buat senarai homework, mana tahukan ada orang terlupakan..:


BI -->>  Salin contoh essay. satu essay untuk satu hari.
               kita cuti 47 hari.. jadi 47 essay kena buat ya. [buat atas kertas kajang]

BIO -->> Buat modul Bio . chapter 1 dan 2 Tingkatan 5 [cikgu Kartini kata : Bulan Bio]

SEJ -->> Pembetulan Sejarah
                Buat soalan dalam kerta yang Sir Lim  bagi. [Bab 1 Tingkatan 5]

KIM-->> Jangan lupa siapkan nota untuk Tingkatan 4.

PAI -->> Hafaz ayat hafazan

*rasanya itu je buat masa sekarang. kalau ada lagi yang tertinggal. cakap ya..




p/s 1 : Selamat Bercuti ya. Jaga diri baik-baik. kalu korang nak pergi melancong tu, jangan lupa ajak aku ya.kalu taknak, at least belilah ole-ole ye.. hehe~

p/s 2 : masa tulis nih kan, aku rasa cam terkena kat diri sendiri je. DUSH~ uhh.. sape makan cili dia yang terasa pedasnya.

Monday, November 15, 2010

pic minggu bahasa (backstage)

jom kita scroll ke bawah~















okey.. ade orang yang mengada-gada nak credit
sape tak tahu orang tu???
hehe~

credit to:

NUR SUZIELA IDAYU

atas gambar yang dibekalkan. sangat-sangat berkualiti.
TERIMA KASIH

dan juga untuk

MUSUH SHIE

yang memang tak malu, merayu-rayu kat musuh dia semata-mata
nak gambar yang amat berkualiti ini

hehe~


p/s: ampun untuk segala kata2 yang terlanjur dan kesilapan yang dilakukan..

Pendaftaran 2011

Kata aluan. hehe~

Bila tulis je tahun 2011
 rasa macam kanak-kanak lagi dah tua je.
 terasa macam masa cepat berlalu. 
rasanya baru kelmarin kita daftar untuk Tingkatan 1
tup tap tup tap
dah nak daftar untuk Tingkatan 5
tahun depan dah tak boleh nak memain
kena serius. 
fight for SPM. 
Yeah!!!

********************

Pesanan cikgu: suruh tulis pasal pendaftaran kat blog. untuk pengetahuan bagi yang tak datang sekolah.

Pendaftaran Pelajar Sesi 2010

Tarikh   : 30 Disember 2010
Hari      : Khamis
Masa    : 8.30 - 11.00 pagi
Tempat : Dewan Terbuka

Perkara yang perlu dibawa bersama:
- Bayaran persekolahan  ( RM33.50 )
- Wang PIBG ( RM62.00)
- Wang pembelian Alat tulis di Koperasi (RM47.10)

JUMLAH : RM 142.60

Semasa pendaftaran, pelajar juga kena bawa borang B (borang maklumat pelajar) yang diisi selengkapnya.Tapi, bagi yang tak dapat tu, tak tahulah macam mana. kalau rajin. mungki  boleh fotostat dengan kawan yang ada kot.

******************************

p/s: Rasanya tu je kot, kalu tak faham boleh tanya kawan-kawan yang hadir hari terakhir.

Comel Tak Zirafah Kat Tepi Tu??