CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, October 18, 2010

Minggu Bahasa~ part 2

Assalamualaikum..

pertama sekali, syukur Alhamdulillah kerana kita semua telah berjaya melakonkan sebuah sketsa semasa minggu Bahasa. Walaupun ada yang kata tak menjadi sangat, lupa dialoglah, tergagap-gagaplah, dan sebagainya.

Tetapi bagi saya, semua itu OKEY dan BAGUS! yelah, untuk kali ini semua orang terlibat dan boleh dikatakan setengah atau lebih yang tak pernah berlakon dan nervous bila naik pentas (termasuk diri ini). tapi okeylah tu, sketsa kita menjadi jugak, takde lah jadi kaku, tak keluar dialog langsung, pengsan kat atas pentas tu. hehe~

bagi saya sketsa kali ini memberi seribu pengalaman kepada semua orang, yang pemalu dalam kelas tiba-tiba beranikan diri dalam sketsa ini, sanggup buat muka tak malu, pakai kain pelekat sambil jalan terbongkot-bongkot, mekap tebal mengalahkan artis, buat suara mengada-gada. semata-mata nak menjiwai watak. *chewah!

tahniah jugaklah kepada semua dalam masa kurang seminggu, kita bekerjasama prepare untuk sketsa ini.

isnin - dapat tahu kne buat sketsa
selasa - bincang tentang sketsa dan pembahagian watak
khamis pagi - berlatih sketsa (1 jam)
  tengah hari - berlatih depan cikgu
sabtu - berlatih, lepas tu buat depan cikgu. puas hati. balik rumah. tunggu esok menjelma...

AHAD - berlakon sketsa for real depan pengetua, pk2, guru dan 800 orang pelajar sekolah.

kata orang, tips nak elakkan nervous ketika di atas pentas, jangan tengok penonton, just fokus kepada lakonan kita, buat macam dalam latihan biasa. (menjadi juga tips ini..) memandai je.. lalala~

*rugi betul tak rakam sketsa ni..

*bila dah dapat gambar dgn org yg bawa kamera, akan dipostkn kat sini sebagai kenangan. tapi gambar backstage je lah.

0 komen:

Post a Comment

Comel Tak Zirafah Kat Tepi Tu??